Konsep
Pensejarahan dan Konsep Sastera Sejarah
Pensejarahan dalam
bahasa inggeris historiographyberasal dari perkataan sejarah
iaitu history. Sejarah secara umumnya diertikan sebagai “the record
of events or the events themselves.” Dalam pengertian ini, “record of event”
(catatan peristiwa-peristiwa) dan “the event themselves” (peristwa-peristiwa
itu sendiri), saling mempunyai pertalian yang relatif. Sesuatu peristiwa yang
terjadi itu dicatatkan maka jadialah ia sejarah.
Tetapi dalam pengertian yang lebih kompleks, Encyclopedia
Britannica telah memberikan kenyataan berikut:
“…it was only in
comparatively modern times that the meaning of the word (history) was extended
to include the phenomena that form their subject.”[1]
Dalam konteks ini, ‘peristiwa’ dan ‘catatan mengenai peristiwa’
akan mengembang dan membentuk perkara-perkara yang selanjutnya. Contohnya di
dalam ‘peristiwa’ sejarah lazimnya dicatatkan perkara-perkara seperti (i) benar
/ sahih ataupun tidak peristiwa itu; (ii) bagaimana, sebab-musabab,
perkembangan dan kesan daripada peristiwa berkenaan; (iii) tokoh / watak yang
menjadi pelaku dalam sesuatu peristiwa; (iv) bila peristiwa tersebut terjadi
dan lain-lain. Manakala di dalam ‘catatan mengenai peristiwa’ pula, di dalamnya
terkandung perkara-perkara seperti; (a) siapakah yang mencatatkan peristiwa
itu; (b) bagaimana peristiwa tersebut dicatatkan – tetap atau
tidak, bias atau sebaliknya, obejktif atau subjektif, emosional atau
rasional, apa dan bagaimanakah sudut pandangan pencatat berdasarkan peristiwa
dan latar belakang yang mengaitkannya; (c) apakah cara dan kaedah (metodologi),
pendekatan dan teori, falsafah dan pemikiran yang digunakan dan diambil oleh
pencatat berkenaan; (d) sekiranya dalam konteks pengertian pencatatan peristiwa
pada masa ini, di mana nilai-nilai ilmiah atau saintifik terterap ke dalam
pencatatan tersebut dengan menggunakan sumber kedua (secondary) dan
bagaimanakah sumber-sumber ini dikendalikan dan dipersepsikan.[2]
Penulisan yang dihasilkan kebanyakan adalah berkisar kepada
golongan pemerintah. Ini mungkin disebabkan golongan kelas atasan ini sahaja
yang mengetahui baca tulis pada ketika itu. Mungkin ada kebenarannya pendapat
tersebut kerana apabila ditelusuri kembali perkembangan persuratan dalam
masyarakat Melayu hampir dapat disahkan bahawa konsep sejarah sebagai bidang
ilmu berasingan tidak wujud pada zaman dahulukala. Ini dapat dibuktikan kerana
tiada satupun istilah perbendaharaan kata Melayu lama yang membawa konsep “history”
sebagaimana yang difahami pada hari ini. Sebaliknya apa yang dianggap sebagai “history”
adalah berasaskan tulisan-tulisan hikayat, salasilah dan syair-syair.
Konsep Sastera Sejarah
Sastera Sejarah adalah suatu bentuk penulisan yang menggabungkan
unsur-unsur penulisan sejarah dengan unsur-unsur penulisan bukan sejarah atau
sastera. Kedua-dua unsur tersebut diolah dengan indah oleh pengarang
istana Melayu untuk menggambarkan konsep sejarah dan keagungan zaman silam
masyarakat Melayu. Oleh itu karya sastera sejarah bukanlah karya sastera
sepenuhnya sebaliknya mengandungi unsur-unsur peristiwa sejarah yang
benar-benar berlaku pada zaman lampau.
Antara corak kesusasteraan Melayu Lama yang mempunyai sifat-sifat
tempatan dari segi kandungannya ialah karya kesusasteraan sejarah. Karya-karya
yang disebut ini selalunya digolongkan sebagai Sastera Sejarah oleh para
sarjana sastera Melayu. Secara umumnya, hasil karya sastera ini akan
mengandungi kisah-kisah kegemilangan negara-negara Melayu.
Para sarjana berpendapat bahawa sastera sejarah tidak dapat
digunakan sebagai sumber sejarah yang lengkap kerana terdapat perbezaan antara
sastera sejarah dengan penulisan sejarah yang sebenar. Oleh sebab, kandungan
dalam karya sastera sejarah campur aduk fakta dengan khayalan serta peristiwa
benar-benar berlaku ia belum tentu merupakan suatu kebenaran. Sastera sejarah
dihasilkan dengan berdasarkan fantasi penulis atau atas perintah seseorang,
tetapi sejarah ditulis berdasarkan fakta. Sastera sejarah bermula dengan
kepercayaan tentang adanya sesuatu, sedangkan sejarah bermula dengan pembuktian
adanya sesuatu. Oleh ini, hubungan yang erat dapat dilihat antara sastera
sejarah dengan lagenda. Kadangkala, sastera sejarah dengan lagenda tidak dapat
dipisahkan.
Karya-karya tersebut dikatakan sebagai sastera sejarah kerana
mengandungi unsur-unsur sejarah tetapi ditulis dalam bentuk sastera dan ini
adalah sifat mutlak di dalam hasil sastera sejarah. Pendapatan-pendapatan Para
Sarjana tentang Sastera Sejarah.
Raja Ali Haji
Sumber:http://khairulmukmineen.blogspot.com/2013/05/pensejarahan-sebuah-karya-agung-tuhfat_3.html
Tiada ulasan :
Catat Ulasan