Penceritaan mengenai kemasukan Islam
ke Pasai dan Melaka telah dimetoskan Di Pasai, Merah Silu diislamkan oleh Fakir
Muhammad. Pada malamnya bermimpi berpandangan dengan Rasulullah. Rasulullah
meminta baginda menganga mulut. Diludahinya, pada keesokannya badannya berbau
narawastu Baginda dapat membaca al-Quran tanpa diajar, kemudian menukar namanya
kepada Sultan Malikul Salleh.
Di Melaka, Raja Kecil Besar bermimpi
berpandangan dengan keelokkan Rasulullah. Rasulullah meminta baginda mengucap
dua kalimah syahadat dan meminta Raja Kecil Besar menukar namanya kepada Raja
Muhammad. Keesokan harinya didapati badannya berbau narawastu dan kalam sudah
dikhatankan. Baginda dapat membaca al-Quran.Mimpi baginda menjadi kenyataan
dimana pada waktu asar kapal Syed Abdul Aziz turun ke pantai Melaka dan beliau
bersembahyang di situ.
Tujuan dimitoskan kedatangan Islam
ini adalah bertujuan mengagungkan Islam. Ia memberi gambaran bahawa Islam
benar-benar berkembang di Melaka, bermula di istana Melaka dan terus berkembang
di kalangan rakyat jelata. Raja Melaka pertama beragama Islam ialah Sultan
Muhammad Syah. Gelaran Sultan digunakan setelah Melaka memeluk Islam.
2. PENYEBUTAN DAN PENONJOLAN
TOKOH-TOKOH ISLAM
Tokoh Iskandar Zulkarnain adalah
pahlawan Islam yang terkenal gagah berani dalam menaikkan martabat Islam di
dunia. Tokoh ini dikaitkan dengan asal usul keturunan raja Melaka bertujuan
untuk menunjukkan keagungan raja. Tokoh-tokoh lain yang disebut seperti tokoh
pahlawan Islam yang terkenal Amir Hamzah Tokoh-tokoh pendakwah
Islam, ulama-ulama Islam dari Asia Barat datang ke Melaka bertujuan
mengembangkan agama Islam dan mengajar ilmu Islam berpusat di istana
Melaka.Tokoh-tokoh tersebut seperti : Syed Abdul Aziz Maulana Abu Bakar Kadi
Yusuf Maulana Sadar Jahan Tokoh-tokoh ini diberi penghormatan dan pengiktirafan
tinggi di istana Melaka. Mereka sangat berpengaruh terutama dalam soal-soal
berkaitan dengan hal-ehwal keagamaan.
3. ADAT ISTIADAT DAN PERUNDANGAN
Unsur-unsur Islam terdapat dalam
adat istiadat dan perundangan yang diamalkan kerajaan Melaka. Ia meliputi :
Upacara akad nikah kahwin Perayaan-perayaan hari kebesaran Islam seperti
menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Korban Adat-adat seperti
berkhatan.
Amalan wasiat menjadi suatu amalan kepada raja-raja Melaka yang mangkat meninggalkan wasiat kepada pembesar negeri dan putera mahkota. Misalnya, wasiat kepada Raja Ahmad. Juga wasiat Sultan Alauddin Riayat Syah kepada Sultan Mahmud. Melalui wasiat ini ia terselit serta kaya dengan unsur-unsur pengajaran dan nasihat yang bersumberkan al-Quran dan hadis.
4. KARYA-KARYA KESUSASTERAAN ISLAM
Istana Melaka meyimpan karya-karya
sastera Islam seperti pahlawan Islam yang terkenal iaitu Hikayat Muhammad
Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah. Hikayat-hikayat ini dibaca oleh
panglima-panglima Melaka untuk menaikkan semangat keperwiraan menentang
musuh/Peringgi. Penceritaan diselit dengan puisi Arab iaitu syair. Penggunaan
puisi atau bidalan Arab ini dalam menjelaskan sesuatu gambaran berkesan memberi
nilai estetika pada teks tersebut.
Contohnya menggambarkan keadaan Sultan Mahmud Syah ketika melihat kecantikan Tun Fatimah.
Contohnya menggambarkan keadaan Sultan Mahmud Syah ketika melihat kecantikan Tun Fatimah.
5. PENDIDIKAN DAN PERKEMBANGAN ILMU
KEISLAMAN
Istana digambarkan sebagai pusat
pengajian ilmu-ilmu Islam. Contohnya : Pasai sebagai pusat bermuzakarah
mengenai ilmu fiqah menikut mazhab Shafie Istana merupakan pusat pengajaran
Islam di mana sultan dan pembesar turut belajar dan menuntut ilmu.
Ulama-ulama,guru-guru agama dan pendakwh berkumpl di istana.
Contohnya Maulana
Sadar Jahan dari Jeddah mengajar di Melaka. Maulana Yusof mengajar tasawuf.
Kitab-kitab agama seperti Kitab
Darul Mazlum dibawa ke Melaka oleh Maulana Abu Bakar dan diajar di istana
Melaka. Sultan Mansur Syah turut belajar kitab itu. Utusan Melaka ke Pasai
menyelesaikan masalah-masalah berkait ilmu Islam kerana di Pasai ramai
ulama-ulama berkumpul dan bermuzakarah tentang ilmu-ilmu keislaman.
6. TEKNIK PENULISAN SULALATUS SALATIN
Mukadimmah dimulai dengan
Bismillahirrahmanir-rahim. Dalam mukadimah juga disertakan ayat-ayat al-Quran
dan diikuti pula dengan terjemahan dalam Bahasa Melayu. Bagi menjelaskan
sesuatu atau sebagai perbandingan,pengarang memasukkan syair dan bidalan Arab
dengan disertakan terjemahannya sekali.
Struktur penulisan menggunakan gaya
khutbah. Ini jelas ketika memberi nasihat yang meleret-leret dalam wasiat. Penggunaan kalimat-kalimat
Arab-Parsi digunakan dalam ayat antaranya Syahbandar, alam, bahara, sahibul
hikayat dan lain-lain.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan