MITOS, sebagaimana yang diketahui
umum, adalah suatu unsur dongeng atau
kejadian luar biasa yang tidak dapat diterima logik akal tetapi diketengahkan sebagai suatu peristiwa yang benar-benar terjadi. Peristiwa yang
berlaku itu sama ada yang berlegar di sekitar kehidupan manusia, haiwan,
ataupun alam semesta - kelihatan pelik, janggal, dan melampaui lumrah alam. Walau bagaimanapun, penilaian terhadap ketakwajaran unsur mitos itu adalah mengikut acuan
zaman moden sedangkan pemilik unsur tersebut, yakni masyarakat silam,
meyakini bahawa mitos tersebut memang benar-benar berlaku.
Dalam
konteks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, unsur mitos merupakan sebahagian daripada ciri yang signifikan,
terutama pada bahagian awal teks
tersebut. Kewujudan unsur mitos dalamteks tersebut berkait rapat dengan
realiti kehidupan masyarakat Melayu pada
zaman itu yang masih berada dalam lingkungan pengaruh Hindu dan animisme
yang kuat.
CIRI-CIRI MITOS
I) Mitos dianggap sebagai kejadian atau peristiwa yang benar-benar
berlaku - cerita mitos dianggap benar-benar berlaku pada zaman silam. Keyakinan tersebut, sesetengahnya, telahmembentuk sistem nilai mereka dan seterusnya
diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Mitos berbeza
daripada unsurunsur dongeng.
2) Mitos dianggap suci - kesucian ini terbit kerana mitos
kaya dengan unsur-unsur kedewaan yang
diyakini oleh masyarakat Melayu pada
zaman silam. Kepercayaan tersebut terbentuksebagai hasil daripada
pengaruh animisme dan ajaran agama Hindu.
3) Mitos kaya dengan unsur-unsur alam
ghaib - keyakinan masyarakat
Melayu zaman silam terhadap kewujudan alam ghaib sangat tebal. Mereka percaya bahawa sesuatu yang ghaib itu, seperti kewujudan kuasa makhluk-makhluk halus
(jin, syaitan, penunggu, puaka) dan alam kayangan atau alam dewa dewi dapat mempengaruhi kehidupan mereka.
Malah, dalam konteks alam
kayangan, masyarakat Melayu pada zaman itu yakin bahawa mereka
dapat Baling berhubungan (bersahabat atau berseteru) antara satu sama lain.
4 4) Mitos kaya dengan peristiwa atau kejadian yang luar
biasa, ganjil, dan
aneh - masyarakat Melayu zaman silam mempercayai bahawa setiap kejadian luar biasa, ganjil,
atau aneh mempunyai
tujuan-tujuan atau alamat-alamat yang tertentu.
Hal ini berlaku sebagai hasil daripada keakraban hubungan masyarakat Melayu dengan flora dan fauna di sekeliling
mereka.
JENIS-JENIS
MITOS
Mitos dalam Sulalatus
Salatin Sejarah Melayu dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:
1) mitos asal usul raja;
2) mitos pembukaan negeri;
3) mitos kedatangan Islam; dan
4) mitos-mitos lain.
Mitos Asal Usul Raja
Sulalatus
Salatin Sejarah Melayu, dalam upaya hendak meningkatkan martabat dan kedudukan raja-raja Melayu, khususnya raja Melaka, telah mengaitkan
bahawa raja-raja tersebut berasal
usul daripada keturunan Raja Iskandar ZulKarnain,
Nabi Sulaiman, clan Nusyirwan Adil. Pertalian ini bermula apabila Raja Suran (cucu Raja Sulan) telah masuk
ke dasar laut dan berkahwin dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri dari
negeri Dika. Perkahwinan tersebut telah menghasilkan tiga orang putera - Nila
Pahlawan, Krisyna Pandita, dan Nila Utama. Ketiga-tiga putera ini telah naik ke
bumi dan mendarat di Bukit Si Guntang, Palembang.Keistimewaan dan keluarbiasaan yang dimiliki mereka telah membolehkan mereka menjadi raja - Nila Pahlawan
menjadi raja di Minangkabau;
Krisyna Pandita menjadi raja di Tanjung Pura; Nila Utama pula menjadi raja di Palembang dan
seterusnya di Temasek dengan gelaran Seri Teri Buana. Seri Teri
Buanalah yang kemudiannya mengembangkan keturunan raja-raja Melaka.
Mitos Pembukaan Negeri
Sulalatus Salatin Sejarah Melayu banyak juga mengetengahkan mitos yang berkaitan dengan pembukaan
sesebuah negeri. Dalam hal memilih dan memberikan nama negeri ini, penamaan
tersebut dibuat berdasar kepada keyakinan
para raja terhadap sesuatu keganjilan dan kejadian luar biasa yang pada
pandangan mereka akan mendatangkan
keberuntungan kepada negeri tersebut. Antaranya termasuklah:
1) pembukaan negeri Singapura yang dikaitkan dengan peristiwa kemunculan seekor
binatang yang bernama “Singa”.
2) pembukaan negeri Melaka yang dikaitkan dengan peristiwa seekor pelanduk putih yang telah mengalahkan anjing;
3) pembukaan Semundra yang dikaitkan dengan peristiwa Merah Silu bertemu dengan seekor semut besar seperti kucing;
dan
4) pembukaan Pasai yang dikaitkan dengan peristiwa anjing Sultan Maliku's-Salleh yang bernama si
Pasai menyalak di suatu kawasan tanah tinggi.
Mitos Kedatangan Islam
Sebagaimana mitos asal usul, tujuan
mitos kedatangan Islam ini diselitkan dalam Sulalatus Salatin Sejarah
Melayu adalah untuk mengangkat darjat raja-raja Melayu. Ada dua
peristiwa yang memerihalkan mitos kedatangan Islam ini, iaitu:
1) kedatangan Islam di Semundra yang dikaitkan dengan peristiwa Merah Silu bermimpi bertemu
dengan Nabi Muhammad s. a. w. Dalam mimpi itu,
Nabi Muhammad s. a. w. telah meludah ke
dalam mulut Merah Silu dan sebagai hasilnya, Merah Silu dapat
mengaji pada keesokan harinya manakala tubuhnya pula berbau narawastu; dan
2) kedatangan Islam di Melaka yang dikaitkan dengan
peristiwa Raja Kecil Besar (Sultan Muhammad Syah) telah diislamkan oleh Nabi Muhammad s. a. w. melalui mimpi. Dalam mimpi itu,
dikatakan bahawa Raja Kecil Besar telah diajar mengucap dua kalimah syahadat,
dikhatankan, dan diberi nama Islam. Keesokannya, semua yang dimimpikan oleh
baginda menjadi kenyataan dan tubuh baginda turut berbau narawastu.
Mitos-mitos Lain
Dalam teks Sulalatus Salatin
Sejarah Melayu, terdapat beberapa peristiwa berunsur mitos yang
ditulis untuk tujuan yang khusus. Antaranya
termasuklah untuk menggambarkan kepercayaansesuatu anggota masyarakat
ataupun untuk mengkritik raja secara halus. Yang berikut adalah antara beberapa
contoh mitos tersebut.
I) Peristiwa
Badang menjadi gagah setelah makan muntah hantu
- Badang telah beroleh kekuatan dan kegagahan yang sangat luar biasa setelah memakan muntah hantu yang mencuri hasil tangkapannya. Kegagahan Badang yang
luar biasa itu telah membolehkan dia mencabut pokok-pokok kayu Yang besar dengan akarnya sekali dan hal ini
menggembirakan majikannya kerana ladangnya telah dapat dibersihkan
dalam masa yang singkat.
2) Peristiwa ikan todak menyerang Singapura - peristiwa ini berlaku semasa Singapura diperintah
oleh Paduka Seri Maharaja.
Banyak rakyat negeri itu yang mati ditikam oleh ikan todak yang mampu melompat hingga ke pantai. Untuk
mengatasi serangan tersebut, Paduka Seri Maharaja telah memerintahkan rakyatnya berkubukan betis tetapi
perintah itulebih banyak menyebabkan kematian dan kecederaan kepada
rakyat yang terlibat. Akhirnya, serangan ikan todak itu dapat diatasi melalui kebijaksanaan seorang budak yang menyarankan penggunaan batang pisang sebagai kubu. serangan ikan todak tersebut ada kaitannya dengan pembunuhan
Tuan Jana Khatib yang "mahir akan ilmu khayal lillah lagi tamam dua
belas".
3) Peristiwa Sang Rajuna Tapa menjadi batu -
peristiwa ini menimpa Sang
Rajuna Tapa kerana dia telah mengkhianati Raja
Iskandar Syah. Pengkhianatan itu dilakukannya selepas Raja Iskandar membunuh
anak perempuannya dengan cara yang sangat memalukan dirinya. Untuk membalas
perbuatan Raja Iskandar Syah itu, dia
telah bersekongkol denganMajapahit
yang menyebabkan Singapura jatuh ke tangan kuasa besar itu.
KEPENTINGAN MITOS
Penerapan mitos dalam teks Sulalatus
Salatin Sejarah Melayu ini mempunyai matlamat dan kepentingannya yang
tersendiri dan khusus, sesuai dengan
zaman teks ini dihasilkan. Di pihakpemerintah, peristiwa yang berunsur
mitos itu secara umumnya dapat
meningkatkan darjat dan kedaulatan mereka. Di pihak hamba rakyat
pula, unsur mitos tersebut dapat mendidik serta meyakinkan mereka tentang
kehebatan dan kedaulatan raja serta perkara-perkara
yang berkaitan dengan institusi beraja. Kepentingan mitos dalam
penulisan teksSulalatus Salatin Sejarah Melayu ini dapat dijelaskan
seperti yang berikut:
Menunjukkan Keagungan Keturunan Raja
Iskandar Zulkarnain berbangsa Rom dan berasal dari
Makaduniah. Sebagaimana yang tercatat dalam sejarah, beliau
merupakan seorang raja yang agung dan penakluk dunia yang
terbilang. Berdasarkan Sulalatus Salatin Sejarah Melayu,
raja-raja Melayu dikatakan berasal
daripada keturunan beliau walaupun menurut Sejarah, Iskandar Zul-Karnain (Alexander The Great)tidak pernah menakluki India. Oleh itu, mitos yang mengaitkan raja-raja Melayu bersusur galur daripada keturunan Iskandar
Zul-Karnain itu mempunyai
kepentingannya yang tersendiri, iaitu untuk mengangkat darjat raja-raja Melayu ke tahap yang tinggi, yaknimemiliki ciri-ciri kepahlawanan, kehebatan, dan
keagungan, sama seperti yang
dimiliki oleh datuk nenek mereka yang bernama Iskandar Zul-Karnain
itu.
Menunjukkan Sifat Luar Biasa Raja
Salah satu
mitos yang terdapat dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu adalah tentang pengembaraan Raja Suran
ke dasar laut. Baginda
dikatakan telah tiba di sebuah negeri yang bernama Dika dan seterusnya berkahwin dan hidup di
negeri itu. Hal ini memang di luar mats fikir manusia dan melampaui hukum alam, namun penerapan mitos yang sedemikian ada
kepentingannya. Penerapan unsur tersebut adalah untuk menggambarkan bahawa raja-raja Melayu sangat luar biasa dan berbeza
daripada manusia biasa dan oleh
itu, merekalah yang layak memimpin manusia lain.
Menyindir atau Mengkritik Raja
Mitos lain yang
terdapat dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ialah serangan ikan todak terhadap
Singapura. Penerapan mitos ini bertujuan untuk menyindir atau mengkritik golongan raja
atau pembesar yang
menzalimi rakyat. Mitos itu juga bertujuan untukmenyedarkan raja dan pemerintah bahawa setiap hamba
rakyat, tidak kira
sekecil mana pun mereka itu, perlu dihormati dan disayangi kerana mereka mempunyai
kelebihan masing-masing. Jelas dalam hal ini, budak yang menyarankan rakyat Singapuramenggunakan batang pisang sebagai kubu
untuk meredakan serangan todak, mempunyai
kelebihannya walaupun masih kecil.
Mendidik dan Menakutkan Rakyat
Sesetengah
mitos dalam teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ini sengaja diterapkan bagi mendidik
rakyat supaya senantiasa menghormati dan mentaati raja sebagaimana yang dipersetujui dalam waad antara Demang Lebar Daun
dengan Seri Teri Buana dahulu. Dalam hal ini, mitos yang memaparkan Sang Rajuna Tapa menjadi batu setelah mengkhianati
Sultan Iskandar Syah menunjukkan bahawa sumpahan Seri Teri Buana yang mengatakan bahawa rakyat yang derhaka
akan "dibalikkan Allahbumbungan rumahnya ke bawah kaki ke atas" menjadi kenyataan. Peristiwa itu juga dapat menimbulkan
rasa gerun di hati rakyat supaya
tidak mengkhianati waad tersebut.
Mempelbagaikan
Kaedah/Teknik Penulisan
Penerapan unsur mitos dalam teks Sulalatus
Salatin Sejarah Melayu juga bertujuan untuk mewujudkan variasi dalam stail penulisannya. Penerapan itu juga
memperlihatkan kekreatifan pengarang
dalam usaha hendak menarik hati para pembaca.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan