Sulalatus
Salatin juga dikenali sebagai Sejarah Melayu.
Karya ini telah dikarang oleh Tun Sri Lanang ketika beliau menjadi
Bendahara paduka Johor bermula tahun 1580 hingga 1615. Beliau telah dilahirkan
di Bukit Seluyut, Johor pada tahun 1565. Karya ini bergenre sejarah yang
mengandungi lima belas bab kesemuanya. Karya agung ini menceritakan tentang
perihal zaman kesultanan Melayu Melaka yang dikatakan di bawa dari Goa. Hal ini
dapat dibuktikan dalam ayat berikut :
“Pada
antara itu ada seorang Orang Besar,
terlebih mulianya dan terlebih besar martabatnya daripada yang lain.
Maka berkata ia kepada fakir, “ Hamba dengar ada Hikayat Melayu dibawa oleh
orang dari Goa; barang kita perbaiki kiranya dengan adatnya, supaya diketahui
oleh segala anak cucu kita yang kemudian dari kita…”
Karya
ini mempunyai banyak versi antaranya versi W. G
Shellabear, Munshi Abdullah dan versi Raffles MN. Karya ini mengisahkan
tentang zaman pemerintahan raja terdahulu seperti zaman pemerintahan kesultanan
Melayu Melaka. Pelbagai kisah yang boleh
dijadikan tauladan kepada masyarakat pada hari ini. Walaupun karya ini berkisarkan
tentang zaman pemerintahan raja-raja, karya ini tetap boleh dijadikan panduan
hidup serta mendidik masyarakat pada hari ini. Pelbagai nilai Melayu yang
tergambar dalam karya ini seperti nilai
estetika yang menjadi keutamaan dalam karya Melayu iaitu estetika dari segi
adab dan adatnya, estetika dari segi retoriknya dan sebagainya. Selain itu
terdapat juga nilai Melayu yang melihat tentang etika dan kepimpinan dalam
Masyarakat Melayu.
Masyarakat
Melayu digambarkan sebagai masyarakat yang bijak mendidik serta mementingkan
keagamaan. Hal ini menyebabkan lahirnya pelbagai bentuk sastera. Selain sastera
sejarah terdapat juga sastera lipur lara, undang-undang, epik, mitos, dan
agama. Melalui penelitian terhadap karya agung Sulalatus Salatin Sejarah Melayu
pelbagai falsafah melayu yang digarap dalam penceritaan ini. Hal ini merupakan
salah satu sebab mengapa Sulalatus Salatin diangkat sebagai karya agung. Antara
bentuk falsafah Melayu yang terkandung dalam karya ini seperti falsafah nilai
dan etika, kepimpinan, waad, estetika, bahasa, agama dan banyak lagi. Namun
hanya sebahagian falsafah Melayu sahaja yang akan dikupas dalam penelitian
terhadap falsafah Melayu dalam karya agung Sulalatus Salatin ini.
1 ulasan :
Menarik
Catat Ulasan