Nilai kepimpinan dapat ditonjolkan dalam karya-karya prosa Melayu tradisional. Buktinya, selain wujud kelompok sastera sejarah, undang-undang, keagamaan dan lipur lara dalam perkembangan era kesusasteraan Melayu juga telah wujud sastera epik iaitu karya yang mengagungkan kepahlawanan seseorang. Contohnya sastera epik seperti Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Hang Tuah dan sebagainya. Masyarakat dahulu menganggap bahawa keagungan pahlawan biasanya dapat dilihat melalui kegagahannya serta kehebatan yang luar daripada kebiasaan. Selain itu, kepahlawanan juga dapat dinilai melalui kepimpinan seseorang dalam memerintah sesebuah kerajaan. Perihal kepimpinan golongan pemerintah ini dapat dilihat dalam karya Sulalatus Salatin yang banyak menceritakan tentang kepimpinan raja-raja dahulu bermula daripada kepimpinan yang adil sehingga pemerintahan yang kejam. Kepimpinan yang adil dapat dilihat dalam petikan ayat yang berikut:
“...demikian
istiadat dahulukala, jangankan di dalam negeri Melaka itu akan dapat membunuh
tiada dengan setahu raja, jika pada negeri lain sekalipun, lamun takluk Melaka,
tiada dapat membunuh…”
(Sulalatus Salatin: 185)
Petikan
di atas diambil pada zaman pemerintahan Sultan Alau’d-Din Riayat Syah atau
gelarannya ketika usia kecil Raja Ahmad. Beliau dikatakan seorang pemimpin yang
adil. Kepimpinan yang adil ini wujud dalam kelompok falsafah Melayu. Hal ini juga dapat
dibuktikan melalui karya-karya Melayu
yang bayak menceritakan tentang kepimpinan yang adil dan bertanggungjawab.
Petikan di atas menunjukkan bahawa Sultan Alau’d-Din Riayat Syah merupakan pemerintah
yang adil kerana sangat mengambil berat tentang kebajikan rakyatnya dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap hal
ehwal negerinya. Selain itu, nilai kepimpinan Sultan Alau’d-Din juga dapat
dilihat sebelum beliau mahu menghembuskan nafas yang terakhir melalui wasiat
yang diberikan kepada anaknya:
“Hei
anakku, adapun engkau hendaklah banyak-banyak sabar, ampunpu akan segala hamba
sahayamu, dan baik-baik memelihara akan dia...Dan segala anak Melayu baginda
pun besar dosanya, jangan olehmu diaifi dia, dan sampaikan kepada hukum syarak
dosanya derhaka, bunuhlah;..Jikalau engakau bunuh ia tiada dengan dosanya,
bahawa kerajaanmu binasa.”
(Sulalatus
Salatin: 186-187)
Petikan
di atas menunjukkan wasiat yang berunsur nasihat mengenai kepimpinan dalam
pemerintahan. Beliau telah menasihati anaknya Raja Mamat supaya menjadi seorang
pemimpin yang adil, pengampun dan memelihara kerajaan dengan baik. Beliau juga
meminta Raja Mamat supaya tidak mengaibkan rakyat yang melakukan kesalahan
serta tidak menghukum rakyat yang tidak bersalah. Hal ini jelas menunjukkan
terdapat nilai kepimpinan agung, adil, dan
berjiwa rakyat dalam Sulalatus Salatin sejarah Melayu.
2 ulasan :
menarik
menarik juga
Catat Ulasan